Wednesday, 19 June 2013

SENARAI SEMAK ASAS DALAM PERANCANGAN AWAL KERJAYA...BAHAGIAN 1

Walau apa pun bidang kerjaya yang ingin ada ceburi nanti, lebih awal persediaan yang anda buat, kemungkinan anda untuk cemerlang adalah lebih baik atau lebih besar.

Contohnya, jika seseorang yang telah biasa mengikut bapanya berniaga daripada kecil, dia akan jadi lebih yakin jika untuk berniaga sendiri kerana telah "belajar" secara tidak langsung berdasarkan pengalamannya.

Ketika menyertai pasukan bola tampar Bawah-18 tahun sekolah
Jika seseorang telah biasa berinteraksi dengan pelbagai jenis dan perangai ketika zaman sekolah secara positif, dia akan rasa kurang kekok diberikan tugasan dalam kumpulan ketika pengajian di kampus yang seterusnya akan mengasah kemahiran itu yang pastinya akan memberi kelebihan ketika telah  bekerja dan perlu menguruskan pasukan atau pekerja lain daripada pelbagai jabatan.

Semua pengalaman dalam setiap peringkat hidup kita adalah penting dalam menyediakan kita untuk menjalani kehidupan yang lebih yakin dan baik dalam peringkat seterusnya.

Kita boleh memilih untuk memikirkan setelah kita melalui setiap peringkat itu di mana kita mungkin telah terlepas peluang mengalaminya dengan cara yang lebih positif atau...

Kita rancang untuk mempastikan kita dapat apa yang sepatutnya kita dapat pada peringkat itu seperti kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dan gunakan untuk menjalani peringkat seterusnya dengan lebih berkesan untuk mengejar impian kita.

Bezanya ialah tidak dirancang dan dirancang dan kebiasaannya, apa yang dirancang juga boleh lebih dijangkakan hasilnya.

Pilihan ditangan kita!

Di sekolah menengah

Pada peringkat ini kebiasaannya, kebanyakan kita terutamanya ibu bapa amat menitik beratkan tentang kejayaan dalam akademik.

Tidak dinafikan itu memang sepatutnya menjadi keutamaan, tetapi jika melihat lebih jauh dalam bidang kerjaya, kejayaan dalam akademik juga tidak menjamin apa-apa jika tidak disertai dengan kemahiran-kemahiran lain atau "soft skills" yang  tiada dalam rujukan atau pembelajaran akademik sahaja.

Perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itu biasanya tidak akan disedari dengan sendirinya oleh para pelajar melainkan diberi bimbingan. Dalam aspek ini, peranan mereka yang terdekat dalam setiap individu terutamanya ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara yang lebih dewasa amat penting dalam memberikan ingatan dan bimbingan.


Tingkatan 1 di Sekolah Tuanku Jaafar, Gentam, Kuala Pilah
Anda juga perlu ingat bahawa ketika ini jugalah segala macam dugaan sebagai remaja seperti mencari identiti diri dan tekanan kawan-kawan sebaya dan disekolah juga perlu ditangani dengan bijak.



Di antara perkara-perkara dan tindakan yang sesuai dilakukan pada peringkat sekolah oleh setiap pelajar dengan bimbingan ialah:
  • Kenalpasti minat dan kecenderungan peribadi
    • amat penting pelajar mendapat nasihat dan panduan pada peringkat ini kerana kebiasaannya minat mereka amat dipengaruhi banyak faktor seperti kawan-kawan dan pendedahan seharian dalam kehidupan mereka.Kadang-kadang faktor-faktor itu akan mengenepikan kecederungan sebenar mereka dan akan mempengaruhi keputusan akhir minda mereka.
  • Cuba masuk ke dalam aliran akademik yang berkenaan
    • Contohnya aliran sains, sastera atau sebagainya ketika pemilihan bidang pada peringkat-peringkat  yang ditetapkan di sekolah menengah. 
Tingkatan 4-Jamuan Tahunan rumah sukan
  • Jika tiada pilihan disebabkan keputusan peperiksaan terdahulu atau tempat/kuota jumlah pelajar disetiap sekolah, anda perlu juga mendapat keputusan yang sebaik mungkin dalam aliran anda yang sedia ada atau yang anda dapat. Anda boleh memfokuskan untuk mendapatkan maklumat/ilmu  dan menggilap kemahiran-kemahiran yang lain dalam bidang yang anda minat dan lebih cenderung dengan kaedah-kaedah yang lain seperti melalui pembacaan, menyertai program-program lain  yang sesuai di luar sekolah dan aktiviti-aktivi sedia dalam sekolah. Contonnya, jika anda sukakan rekacipta tetapi tidak dalam aliran sains, anda boleh sertai kelab yang melibat kreativiti dalam aktivitinya  di sekolah.
  • Kenalpasti subjek-subjek  akademik yg penting tetapi masih lemah dan buat tindakan-tindakan yang perlu untuk perbaikinya
    • Ini tiada pilihan dan anda mesti lakukannya. Jika anda dalam aliran yang selari dengan minat anda, mungkin ada subjek-subjek yang ada lemah  atau tidak berapa minat tetapi anda tahu ia penting untuk anda layak untuk ke kursus-kursus tertentu dalam peringkat pembelajaran selepas sekolah.
    • Saya sendiri dulu memang tidak minat langsung subjek Matematik, Kimia dan Bahasa Inggeris tetapi tiada pilihan selain terpaksa dapatkan keputusan yang baik kerana ia penting jika saya ingin layak untuk masuk ke kursus-kursus sains untuk mencapai matlamat asal saya untuk menjadi doktor yang juga menjadi harapan ayah saya. Saya terpaksa korbankan masa bermain waktu petang dan waktu tidur pada malam hari kerana membuat latih-tubi tambahan untuk lebih biasa menjawab soalan dan memahami setiap subjek.
    • Pada tingkatan 5 saya terpaksa "memaksa" seorang rakan sekelas saya yang lebih baik dalam subjek Matematik tambahan untuk membimbing saya pada setiap petang  beberapa kali seminggu pada waktu bermain petang di dalam kelas saya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang bidang diminati 
    • Terlalu banyak sumber maklumat yang mudah diperolehi ada zaman sekarang seperti internet, buku, akhbar, majalah.
    • Selain daripada itu, anda juga digalakkan bertanya kepada mereka yang tahu (ibu-bapa, adik-beradik, saudara mara atau sesiapa sahaja yang dalam bidang itu atau sedang menuntut di mana-mana institusi pengajian yang berkenaan)
  • Perbaiki atau bangunkan "Soft skills" yang penting
    • Anda perlu kenalpasti kelemahan-kelemahan  dan cuba perbaikinya. Berikut ialah antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian kerana sebahagian besarnya tidak diajar di dalam sukatan pelajaran akademik  di mana-mana peringkat sekali pun.
    • Mendaki Gunung  Angsi, Ulu Bendul, Kuala Pilah
      • bahasa (penulisan dan pertuturan
      • interaksi sesama orang lain dan rakan-rakan
      • pertuturan untuk khalayak ramai
      • penampilan yang kemas
Berinteraksi  dan bergaul dengan kawan-kawan yang bersikap positif juga akan meningkat kemahiran untuk berkomunikasi secara sihat. Ramai yang takut kehilangan kawan tetapi hakikatnya, faktor kawan-kawan juga amat penting dalam membentuk sikap-sikap positif dalam pembentukan soft skills  yang bermanfaat untuk masa depan anda kelak.

Kawan-kawan yang baik akan menjadikan kita juga baik atau lebih baik dan begitu jugalah sebaliknya dan ini bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi dalam seluruh kehidupan kita.

Interaksi bersama kawan-kawan sekelas, Tingkatan 3










Ketika menunggu dan selepas mendapat keputusan SPM


Kemahiran bahasa-masih ramai para graduan yang masih menghadapi masalah kurang mahir dalam bahasa pada masa kini yang telah masuk dalam pasaran kerjaya terutamanya dalam Bahasa Inggeris.


Malam-malam akhir di sekolah menengah, Tingkatan 5
Jika masih menunggu keputusan SPM atau menunggu tawaran belajar ke peringkat seterusnya, tindakan-tindakan berikut adalah perkara-perkara yang praktikal dan bermanfaat untuk dilakukan jika anda mahu memperbaiki diri anda dalam menyediakan diri anda lebih awal sebelum masuk ke universiti atau peringkat seterusnya. Ia juga pastinya akan memberikan kesan-kesan positif dan menambah keyakinan diri anda. Berikut ialah cadangan-cadangan saya:
  • Hadiri program-program peningkatan kemahiran yang sesuai
    • Cuba hadiri kelas atau kursus pendek atau kem tentang meningkatkan kemahiran dalam bahasa sama ada dalam penulisan dan pertuturan sekiranya masih tidak yakin dengan kemahiran yang sedia ada.
    • Pada masa ini terdapat pelbagai program yang dianjurkan dan dipromosikan dipelbagai media oleh syarikat, institusi dan juga individu yang pakar.
  • jika tidak berkemampuan,
    • cuba kaedah-kaedah yang agak drastik tetapi tidak memerlukan kos  tetapi mungkin ada segan seperti membaca artikel Bahasa Inggeris dengan kuat setiap hari untuk memahirkan sebutan perkataan secara lisan. Saya mulakan perkara ini agak lewat iaitu ketika saya telah berada di pusat matrikulasi disebab tersentak dengan kawan-kawan baru di kelas dan di kolej yang kebanyakan agak mahir dalam Bahasa Inggeris di mana perasaan rendah diri dan malu telah menjadi satu pencetus untuk melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan saya sebelum itu. Saya juga bernasib baik kerana punyai rakan sebilik yang lebih mahir dan juga memberi semangat dalam usaha saya untuk memperbaiki diri.
  • Tengok, dengar dan buat!
    • Menonton dan mendengar rancangan-rancangan seperti temubual di TV dan radio untuk dan seterusnya cuba bercakap di hadapan cermin dan dengar apa yang keluar daripada mulut anda. Ramai yang pernah mengaku pada saya, mereka  faham apa yang orang cakapkan dan rasa boleh membalas tetapi perkataan yang keluar tidak lancar dan yakin sebagaimana yang mereka fikirkan ada mulanya. Jangan risau, perkara itu boleh hilang dengan melakukan latihan-latihan seperti ini.
  • Berlatih!Berlatih!Berlatih! ...amalkan! amalkan dan amalkan!
    • Untuk mempertajamkan lagi kemahiran yang sedia ada atau yang sedang cuba diperbaiki, cuba bercakap dengan ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan terdekat.Jelaskan kepada mereka  tentang niat anda untuk memperbaiki kemahiran bahasa anda. Ia akan agak janggal pada awalnya dan mungkin ada yang akan ketawakan anda tetapi tiada apa yang perlu anda risaukan  kerana anda kenal mereka. Teruskan bercakap walaupun sebahagian mereka mungkin tidak bercakap dengan bahasa yang sama kepada anda. Proses ini akan membina keyakinan anda untuk menuturkan setiap perkataan dengan betul pada pendengaran telinga anda sendiri.
    • Kenapa? Hakikatnya dalam proses kehidupan kita yang biasa diperingkat yang seterusnya, kita juga akan jumpa manusia yang akan memperlekehkan atau tidak memperdulikan apa yang kita perkatakan tetapi kita tidak mempunyai pilihan melainkan berkomunikasi dengan mereka. Contohnya, anda mungkin akan dapat rakan sebilik atau kawan-kawan sekuliah yang berperangai begitu tetapi terpaksa berhadapan dan berinteraksi dengan mereka selama tempoh kursus di kolej atau universiti.
  • Maklumat...maklumat...maklumat...ia adalah kuasa
    • Membaca lebih banyak bahan-bahan menarik bagi anda  untuk membiasakan diri anda cara penggunaan perkataan dan tatabahasa.
    • Membaca juga akan menambahkan lagi kefahaman anda tentang bidang-bidang yang anda minati dan kerjaya-kerjaya yang mungkin anda boleh ceburi nanti walaupun pada masa ini anda masih lagi belum pasti.
Apa yang paling penting ialah kemahuan anda untuk memperbaiki diri anda.Jika itu mengatasi segala-galanya, tiada siapa yang boleh menghalang kemahuan anda kerana andalah penentunya.


SELAMAT MENCUBA!!!


Tingkatan 5...tahun akhir di sekolah



No comments:

Post a Comment