Saturday, 22 June 2013

NAK BEKERJA DAPAT DUIT ATAU BERNIAGA BUAT DUIT?

Secara praktikalnya kita bekerjaya ialah untuk matlamat yang lebih realiti

Sebagai permulaan atau langkah pertama, kita mesti buat keputusan:
  • Nak dan tak nak
  • Jangan bayar hutang dulu
  • Kuasa untuk memilih
  • Pilih kawan yang betul
Buat highway yang besar. Elakkan buat jalan yang lain-lain. Satu highway boleh buka banyak toll dan  boleh kongsi pendapatan di setiap toll. Sama-sama bersatu dapatkan atau tarik lebih ramai untuk gunakan highway. Contoh, baiki kemudahan dan tingkat daya tarikan untuk orang menggunakan highway.

Kena sediakan mangkuk atau pinggan yang cukup kita sama-sama makan. Jangan hanya heboh nak makan itu dan ini tapi tiada sesiapa yang sediakan pinggan dan mangkuk untuk kita makan.

Kena ada yang sediakan makanan walaupun hakikatnya menyediakan makan perlukan lebih usaha dan komitmen.


Belajar daripada sahabat dan mentor tentang perniagaan dan kerja,
Saudara  Baharuddin Mohamed

Bagaimana mahu berjaya?
  • Perlu ada cara sendiri dan etika/disiplin yang betul
  • Ambil risiko dan yakin dengan kelebihan dan kemampuan sendiri yang ada
  • Kesusahan dan ujian itu sebenarnya ialah yang terbaik untuk kita dan yang selayaknya untuk kita
  • Buat keputusan dengan hati bukan dengan akal.
    • Jangan hanya fikirkan kita sahaja.Akal ada positif dan negatif. Bila tanya akal, banyak perkara yang membuatkan kepala atau otak semakin rumit atau membuatkan kita rasa kita sudah cukup bagus atau pandai.Akal tidak menjamin keputusan yang positif kerana selalunya ia akan dipengaruhi emosi.
  • Jangan lupakan kekuatan doa kerana ia senjata terkuat kita

Kejayaan jga bukan berdasarkan keturunan sama ada dalam perniagaan dan kerjaya makan gaji.

Kalau berniaga kita boleh banyak memberi dan kalau kita makan gaji, gaji juga sepatunyya cukup banyak juga untuk kita banyak memberi.

Kita  pada hari ini ialah hasil daripada apa yang kita usahakan semalam atau bertahun dulu dan untuk  menikmati sesuatu yang lebih baik esok hari, tindakan kita yang paling mesti bermula pada saat ini!

AYUH! KITA MULAKAN!

No comments:

Post a Comment