Monday, 13 October 2014

Kerja dan Kerjaya(writing in progress)

Antara kerja dan kerjaya.Sekali  tengok maksudnya macam sama tetapi  ada yang kata kedua-duanya adalah berbeza. Kita lupakan untuk merujuk kepada mana-mana definisi yang rasmi dan mari kita sama-sama membuat definisi kita sendiri.

Sebenarnya saya tertarik untuk berbincang tentang perkara ini setelah melihat info grafik dalam salah satu tulisan dalam laman atas talian internet untuk para professional Linkedin.

Ia meringkas teori Maslow tentang bagaimana manusia dikategorikan berdasarkan sejauh mana engagement mereka dengan apa yang mereka lakukan dan sikap mereka terhadap pekerjaan mereka.

Sebelum kita ulas lebih lanjut tentang teori keperluan  Maslow ini, elok juga kita pergi sedikit lebih bawah daripada piramid ini iaitu dunia sebelum kita memasuki alam pekerjaan.


Ketika zaman kita masih belajar di sekolah atau di universiti, kerja dan pekerjaan selalunya dianggap sama dan persamaan yang jelas ialah akhirnya kita akan dibayar untuk apa yang kita lakukan.

Kita juga biasa dengar pertanyaan-pertanyaan seperti...

" Nanti lepas graduate, engkau nak kerja apa?"

" Nak kerja kat  mana nanti?"

Jadi, apa itu kerjaya sebab kebiasaannya kita hanya menggunakan perkataan kerja.

Definisi saya ialah...

Kerja...sesuatu yang kita lakukan untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk wang atau penjagaan untuk kebajikan atau kemudahan kita.
Selagi kita dibayar dan kita berpuashati dengan apa yang kita terima, selagi itulah kita akan buat kerja.

Kerjaya...sesuatu yang kita lakukan untuk mendapat ganjaran kewangan dan lain-lain yang dirancang untuk dicapai dalam tempoh dengan tindakan tertentu yang telah disediakan.


Jadi akan ada beza antara seseorang yang mempunyai kerja dan seorang yang ada kerjaya.

Sekarang kita ketepikan pula tentang definisi. Mari kita tengok pula apa yang akan menentukan kerja atau kerjaya kita. Adakah kita hanya perlu memikirkanya setelah kita melangkah ke alam kerja atau kerjaya atau ada yang perlu dan boleh kita lakukan sebelum itu.

Kita biasa mendengar dan berkata tentang jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Namun sejauh mana kata-kata itu dipraktikkan dalam kehidupan kita yang bekerja.

Dalam ekonomi yang membangun seperti negara kita Malaysia, rasanya tiada sesiapa pun akan mempunyai masalah yang sangat rumit untuk mendapatkan kerja untuk menampung keperluan asas hidup atau untuk survival kita.
Banyak kerja-kerja yang boleh dibuat dan dibayar hanya  untuk makan, minum dan tempat tinggal asas kita.

Namun semua itu untuk berapa lama?Tidak kira bagaimana gembiranya kita dengan kerja kita, hakikatnya kita juga akan mahu sesuatu yang lebih baik tambahan pula bila kita mula melihat sekeliling dan membandingkan diri kita dengan orang lain.Kita akan mula merasa selesa dan tidak selamat selagi kita tak memiliki sesuatu secara mutlak atau menjadi kita punya.Hakikatnya akan mula memikirkan tentang security kerja kita dan apa yang mampu kita miliki secara hakiki dengan apa pun kerja yang kita buat.



1 comment:

  1. MDC: How to get to MDC: How to get to MDC in Las Vegas
    Directions to 서귀포 출장안마 MDC (MDC) (Las Vegas, NV) with public transportation. 경주 출장마사지 The following 보령 출장샵 transit 양산 출장안마 lines 제주도 출장안마 have routes that pass near MDC

    ReplyDelete