Thursday, 18 July 2013

FORMAL, BERGAYA DAN MEYAKINKAN UNTUK LELAKI

Jika anda memang jarang berpakaian kemas atau berpakaian rasmi, pastinya atau mungkin  anda menghadapi perkara -perkara berikut andai kata tiba-tiba sahaja anda dikehendaki berpakaian sebegitu.

1. Rasa segan atau malu - terutamanya di kalangan kawan -kawan anda yang biasa bergaul dengan dengan pakaian-pakaian yang biasa yang tidak rasmi dan mungkin juga kurang kemas.

2. Anda akan cuba mencari jalan untuk memadankan pakaian rasmi dengan gaya anda yang sedia ada.Contohnya, jika kasut but atau kasual anda berwarna hitam, anda mungkin menganggapnya sudah memadai berbanding memakai kasut yang lebih sesuai untuk upacara/urusan rasmi. Jika anda ada tali pinggang kulit yang agak kasual, anda juga mungkin akan menggunakanya untuk temuduga anda.
Salah satu pakaian formal  ketika majlis di sekolah saya
3. Tidak tahu membuat padanan warna antara seluar, baju, tali leher dan sebagainya.Ini akan menyebabkan kadang-kadang anda nampak lucu dipandangan orang lain termasuk para penemuduga.

4. Anda akan rasa kekok dalam setiap tingkah laku anda seperti berjalan, berdiri dan duduk. Ini akan membuat anda rasa tidak selesa dan pastinya akan mengganggu tumpuan dan kelancaran anda yang bercampur baur dengan perasaan gementar ketika dalam sesi temudga.

Masalahnya, cara kita menampilkan diri kita dengan pakaian kita memang memainkan peranan yang penting dalam menentukan tanggapan orang lain terhadap kita.

Dalam kebanyakan situasi kita tidak berpeluang atau diberi peluang untuk  menjelaskan tentang kenapa kita berpakaian agak 'pelik" untuk urusan-urusan tertentu dan kita hanya akan diadili dan dinilai sepenuhnya berdasarkan apa yang kita pakai.
Pakaian kasual ketika lawatan kelab ketika saya di matrikulasi
Di sini saya cuba berkongsi sedikit panduan dan cadangan-cadangan yang saya rasakan sesuai berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya dalam erti kata berpakaian secara formal, kemas dan bergaya untuk lelaki untuk  urusan-urusan rasmi  seperti  temuduga dan majlis-majlis tertentu.

Berikut ialah tip-tip dan pesanan-pesanan penting untuk memilih pakaian yang sesuai untuk temuduga atau sebarang urusan rasmi untuk seorang lelaki.
  • Kenali dan fahami latar berlakang organisasi, bidang , skop tugas-tugas dan kakitangan tempat yang anda akan ditemuduga.
  • Tanya kepada mereka yang menghubungi anda tentang pakaian rasmi yang sesuai dengan organisasi mereka. Dalam kebanyakan situasi, mereka menjangkakan anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda pakai.
  • Ketika anda masih belajar sebagai mahasiswa, cuba pakai pakaian mengikut kod atau etika yang sepatutnya jika anda dikehendaki menghadiri majlis-majlis rasmi tertentu. Ini akan membantu anda membiasakan diri anda menjadi lebih selesa dan yakin  bila dikehendaki memakai pakaian-pakaian rasmi ketika temuduga kelak.
  • Sebagai seorang yang pernah dan biasa menemuduga pelbagai jenis calon, saya dengan mudah boleh mengenalpasti mereka yang selesa atau tidak selesa dengan pakaian yang mereka pakai ketika mereka mula masuk ke bilik temuduga dan ketika ditemuduga.Ini akan ditunjukkan dengan jelas melalui bahasa-bahasa badan mereka. Contohnya, jika seseorang tidak biasa memakai suit, dia tidak akan membuka butang depan jacket  suitnya bila duduk dan ini akan mengganggu keselesaannya ketika duduk dan menjawab soalan. Jika seorang tidak biasa memakai tali leher, mereka akan rasa gelisah dalam keadaan gementar mereka kerana talileher mereka mungkin diikat agak  ketat  di leher mereka.
  • Belajar cara ikat tali leher sendiri dan memakainya dengan betul. Ia amat penting kerana sukar diduga bila anda perlu membuka tali leher dan memakainya  semula untuk sesuatu urusan.

Pakaian rasmi Sekretariat Hari Kerjaya UKM, Urusetia Kerjaya UKM 
ketika saya menjadi pengarah Hari Kerjaya UKM ke-13, 1996
DEFINISI  DAN KOMBINASI WARNA YANG "SELAMAT" YANG SAYA CADANGKAN

Pakaian asas
1. Baju 
  •  Warna - putih, kuning telur, biru cerah ke arah putih, merah jambu ke arah putih




2. Tali leher
  • Ikat tali leher dengan betul dan kemas. 
Cara mengikat tali leher yang betul
  • Warna- ungu , merah pekat, biru dan hijau 

  • Jika anda memakai tali leher berwarna cerah, pilih warna yang akan lebih menonjolkan tali leher berbanding baju berwarna cerah anda. Contoh- warna oren, biru cerah dan hijau cerah


3. Gabungan tali leher dan baju
  • Mesti mempunyai warna yang bertentangan antara kedua-duanya.
  • Elakkan tali leher berjalur senget jika anda memakai baju yang berjalur tegak






4. Seluar 
  • Warna - hitam, biru gelap, coklat gelap

5. Gabungan seluar dan baju
  • Dicadangkan seluar sentiasa gelap dan baju sentiasa cerah. Ia mudah dipadankan dengan mana-mana warna tali leher.




6. Kasut dan setokin
  • Warna kasut - hitam atau coklat gelap


  • Warna setokin-gelap, kelabu
7. Tali pinggang
  •  Warna - hitam, coklat gelap

       
Kesimpulan : Gabungan "selamat" 

  • Di antaranya ialah
    • Warna - baju cerah, tali leher gelap(merah pekat/oren/biru/ungu/hijau), seluar gelap, tali pinggang gelap,  kasut dan setokin gelap 
    • Anda mestilah selesa bila berjalan, duduk dan berdiri


Pelengkap gaya (Accessories)

Suits
  • Warna  gelap - jacket sama warna dengan seluar.










Tie Clip
  • pakai dikedudukan yang betul


Beg dan folder dokumen
  • Warna- hitam, coklat gelap
  • Beg

Terbuka di atas untuk sedang dibuka dan keluar-masuk  dokumen ketika temuduga

Penutup lipat diatas.Sukar dibuka dan untuk keluar-masuk dokumen ketika ditemuduga- tidak digalakkan

  • Folder 

Kurang nampak formal dengan warna terlalu  cerah. Gunakan warna yang gelap seperti hitam atau kelabu/biru gelap













Cuffling

  • memerlukan baju dengan hujung tangan yang khas
  • warna perlu bertentangan dengan warna lengan baju







Perlu juga ditekankan di sini bahawa pada peringkat pelajar atau eksekutif muda, jenama atau harga bukan sesuatu yang ditekankan ketika anda perlu berpakaian rasmi untuk apa-apa juga urusan yang memerlukan anda berpakaian sedemikian. 

Saya masih teringat lagi pada zaman di kampus di mana kami terpaksa bergilir-gilir memakai baju, tali leher, beg dan suits untuk urusan-urusan rasmi seperti temujanji pemasaran dan pembentangan projek kerana kami  tidak mampu membeli setiap set dalam jumlah yang banyak dan berlainan.

Walau bagaimana pun, akhirnya kami menjadi biasa dan tidak kekok memakainya bila-bila masa diperlukan.

Ada ketika ahli-ahli persatuan kami dijemput untuk menjadi pembantu atau pengiring para VVIP dalam majlis-majlis rasmi universiti  dengan imej dan reputasi yang telah kami ada dalam berpakaian dan menguruskan acara-acara rasmi yang lain.

Sehingga sekarang pun, saya masih tidak mengutamakan jenama dan harga tetapi lebih kepada kepada kesesuaian, keselesaan and padanan warna dengan setiap pakaian dan accessories yang saya ada untuk setiap urusan yang berbeza.

SELAMAT MENCUBA DAN BIASAKAN DIRI ANDA SEHINGGA ANDA RASA SELESA.

RASA  SELESA ITULAH  YANG AKAN MEMBERIKAN ANDA KEYAKINAN  dan menyerlahkan KARISMA anda dalam setiap pakaian yang anda pakai di dalam penampilan anda.

InsyaAllah, sekiranya anda jujur dan yakin dengan penampilan anda, ia juga akan memberikan keyakinan dan tanggapan positif orang lain terhadap anda dengan personaliti anda yang sedia ada.

SELAMAT BERJAYA!

Tip-Tip Ketika Temuduga Kemasukan Universiti atau Pra-Universiti : BAHASA BADAN YANG SEMPURNA

Dalam banyak cara, temuduga universiti benar-benar tidak berbeza daripada temuduga pekerjaan yang biasa di mana ianya:

  • Ia  bukan seperti kaedah sains sebenar yang tepat.
  • Semua penemuduga membuat pertimbangan berdasarkan APA YANG MEREKA LIHAT DAN APA YANG MEREKA DENGAR.  Bagi mereka, kelayakan akademik telah dipertimbangkan dan anda telah sebaik sahaja anda dipilih untuk ditemuduga.
  • TANGGAPAN PERTAMA adalah sangat penting. Anda perlu bersedia tentang perkara ini dalam fikiran apabila anda bersedia untuk temuduga universiti anda untuk memastikan anda melakukan apa yang anda boleh untuk mencipta imej atau impression yang betul di mata penemuduga.


Ringkasan tip-tip ketika temuduga

Secara umumnya, di dalam satu-satu temuduga , lebih kurang sebanyak 90% daripada komunikasi dinyatakan secara bukan lisan, jadi anda perlu amat peka tentang kesan bahasa badan anda dan bagaimana untuk menggunakannya untuk member kelebihan kepada  anda.

Selain daripada itu, kajian-kajian tentang kursus, program dan institusi yang anda pohon adalah juga penting daripada segi pengetahuan untuk lebih yakin menjawab soalan-soalan berkaitan ketika temuduga.

Di galakkan juga membaca panduan-panduan untuk menghadapi temuduga daripada internet atau buku-buku dalam pasaran.

JADI, di sini  saya cuba disenaraikan  beberapa tip untuk bersedia dalam menjalani sesi temuduga dan panduan  tentang perkara-perkara  yang SEPATUTNYA dibuat dan yang TIDAK BOLEH dibuat ketika temuduga.

BUAT

KETIKA DATANG DAN PERSEDIAAN DI BILIK MENUNGGU

Contoh ruang menunggu

  • Sampai awal. Di cadangkan lebih kurang ½ jam lebih awal kerana kadang-kadang anda perlu mengisi borang-borang khas selain daripada menunggu giliran. Ia juga memberikan anda masa untuk menenangkan diri anda.
  • Pastikan anda telah buang air kecil,air besar atau tidak dalam keadaan dahaga atau lapar. Kesan-kesan biologi ini juga akan mengganggu anda terutamanya ketika anda masih gugup atau berdebar ketika dalam bilik temuduga selepas itu.

  • Pakai pakaian yang SESUAI DAN SELESA. Sila semak atau buat kajian tentang kod pakaian universiti  atau kolej berkenaan secara umum tetapi anda mesti memakai pakaian yang FORMAL. Saya akan ulas tentang pakaian formal dalam entri yang lain. 

CARA ANDA BERPAKAIAN AMAT MEMPENGARUHI TANGGAPAN PERTAMA(FIRST IMPRESSION) PARA PENEMUDUGA.
          Contoh pakaian-pakaian yang tidak sesuai untuk sesi temuduga rasmi.    


Contoh pakaian-pakaian formal untuk temuduga bagi sektor kerajaan
  • Semua dokumen seperti sijil dan sebagainya mesti disusun dengan teratur dalam album atau folder yang sesuai.
  • Menggunakan briefcase yang bersaiz sederhana  dan ringkas akan membuatkan anda nampak lebih professional , teratur dan yakin. Pastikan anda tahu kedudukan setiap dokumen di dalam briefcase anda.
  • Mesti bawa pen kerana agak tidak elok jika anda meminta pinjam pen yang menunjukkan anda tidak bersedia.

KETIKA MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
  • Ketuk pintu dan tunggu panggilan/diarahkan masuk. Sekiranya ada kakitangan yang membukakan pintu, ucapkan terima kasih.


KETIKA MELANGKAH MASUK DAN SEBELUM DUDUK

  • Sebaik sahaja masuk, dengan segera tengok kedudukan para penemuduga, pandang kearah mereka dan berikan salam atau ucapan selamat  dengan suara yang mereka boleh dengar.
  • Biasanya mereka akan mempersilakan anda untuk pergi ke kerusi untuk anda duduk. Minta izin  untuk duduk jika mereka tidak berkata-apa sambil berdiri memandang mereka.
Contoh bilik temuduga

KETIKA SEDANG DUDUK DAN DI TEMUDUGA

  • Setelah anda duduk, dengan perlahan dan teratur anda keluarkan folder dokumen/sijil anda dan dengan sopan anda bangun semula dan serahkannya kepada para penemuduga.Kadang-kadang mereka terus minta daripada anda tetapi anda mesti melakukannya dengan tenang, teratur dan sopan.
Contoh sesi temuduga  sebenar. 
  • BAHASA - jika penemuduga memulakan sesi dengan bahasa Inggeris, seboleh-bolehnya anda dikehendaki menjawab atau berkomunikasi dengan bahasa yang sama.Yang penting anda boleh menjawab atau menerangkan sesuatu dengan tenang dan yakin kerana ia akan menutupi kelemahan anda dari segi tatabahasa dan sebagai. Sekiranya, tiada sebarang bahasa yang disarankan, saya cadangkan anda berkomunikasi dengan mana-mana bahasa yang anda selesa untuk mengelakkan penggunaan bahasa rojak. Untuk membuatkan anda lebih bersedia, latihan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga adalah amat-amat digalakkan untuk melancarkan pertuturan anda ketika temuduga sebenar.
  • Elakkan slang yang keterlaluan jika menggunakan Bahasa Inggeris jika tujuannya untuk menunjukkan anda lebih baik kerana ia mungkin menimbulkan pandangan yang agak pelik atau lucu dikalangan penemuduga melainkan ia memang semulajadi.

TIP-TIP UMUM YANG PENTING

  • KEDUDUKAN(POSITIONING) duduk anda. Berhati-hati dengan kedudukan anda, pastikan anda duduk tegak (condong ke hadapan sedikit membantu untuk mewujudkan satu gambaran kesungguhan).

Contoh cara-cara duduk yang selesa

  • SENYUM-ia adalah cara yang paling mudah untuk membuat kesan yang positif.
  • Tunjukan ketegasan dan keyakinan anda dengan bahasa(pergerakan) tangan yang sesuai.


Menggunakan gerakan tangan dalam menjawab soalan

  • Pastikan hubungan mata yang baik sepanjang temuduga. Ini menunjukkan anda berminat apa yang ditanya atau yang diperkatakan oleh penemuduga.



Seimbangkan hubungan mata(eye contact) dengan semua penemuduga
  • Mengekalkan ungkapan/gerakan minima  berminat - mengangguk dan membuat isyarat yang positif, sebagaimana yang sesuai. Jika sesuai atau ada kesempatan, anda boleh menyatakan persetujuan anda secara lisan.

JANGAN
  • NAMPAK GELISAH  di tempat duduk anda, bermain dengan rambut anda atau barang kemas. Jangan “meletup”/membunyikan jari-jari  anda.
  • NAMPAK pemalas di kerusi anda dan melihat ke bawah atau ke atas tanpa memberikan perhatian
  • Melipat tangan anda di dada anda - ia akan membuat anda kelihatan dijaga dan tidak mesra
  • Memberi tumpuan kepada hanya seorang anggota panel temuduga - pastikan anda menangani semua penemuramah
Jangan buat seperti ini!

  • Terlalu yakin sehingga menjengkelkan penemuduga. Kekal tenang, yakin dan sentiasa nampak dan berkomunikasi secara sopan sepanjang sesi.

KETIKA MENINGGALKAN PARA PENEMUDUGA

  • Senyum dan ucapkan terima kasih. Bangun dengan tertib dan boleh bersalaman jika keadaan sesuai. Jangan lupa minta secara sopan folder dokumen anda dan masukkan perlahan-lahan ke dalam briefcase dan melangkah keluar dengan  sopan.
Saya juga sedar  bahawa situasi temuduga  boleh menjadi agak  menekan tetapi disebabkan  kesilapan bahasa-bahasa badan dengan mudah ia boleh mengorbankan tumpuan dan ketenangan anda untuk  menjawab soalan-soalan dengan baik.

Seboleh mungkin, cuba untuk elakkan ini berlaku  kerana setiap soalan baru ditanya, anda boleh menggunakan  panduan ini dengan segera  untuk menangani semula bahasa badan anda - duduk sedikit lurus, memberi senyuman, untuk megekalkan hubungan mata dan hanya kemudian untuk menjawab setiap soalan seterusnya.


  • Ambil masa yang secukupnya untuk anda bertenang sebelum menjawab. Kadang-kadang penemuduga tidak menilai APA yang anda jawab tetapi BAGAIMANA anda menjawab. 
  • Kebiasaannya setiap penemuduga ada tugas masing-masing yang khusus yang akan memerhati, menilai dan  member setiap  prestasi anda semasa ditemuduga. BAHASA BADAN ialah satu daripadanya.
Seperti perkara-perkara atau kemahiran-kemahiran lain penggunaan bahasa badan yang baik adalah kemahiran yang boleh  dipelajari dan dengan mengamalkannya, ia  akan membuat ia lebih mudah.

Selain daripada itu, persediaan yang baik terlebih dahulu dan keyakinan tentang bagaimana ada dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya  harus memberi anda lebih sedikit ruang untuk memberi tumpuan kepada juga mewujudkan tanggapan yang yang meyakinkan  bukan lisan semasa temu duga anda.

SELAMAT BERSEDIA DAN BERJAYA!





                                                                                                                       _____

BENGKEL PERSEDIAAN TEMUDUGA PROGRAM DRESS

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan  di dalam Program DRESS, juga akan memberikan tumpuan terhadap latihan-latihan praktikal di mana para peserta akan di berikan situasi yang hampir kepada keadaan sebenar ketika sesi temuduga. Tip-tip akan dikongsi dan diberikan berdasarkan prestasi sebenar setiap peserta selepas sesi-sesi praktikal dijalankan.

Para fasilitator dan ketua jurulatih yang mengendalikan sesi juga merupa mereka yang berpengalaman di temuduga dan menemuduga para  calon-calon untuk diambil bekerja.


Satu simulasi proses  temuduga akan dijalankan di mana peserta-peserta boleh melihat sendiri dan seterusnya member pendapat masing-masing tentang kelebihan dan kekurangan mereka dalam setiap sesi. Seterusnya para fasilitator dan jurulatih akan member komen masing-masing berdasarkan borang penilaian untuk setiap peserta, berkongsi pengalaman mereka serta memberikan tip-tip untuk mereka memperbaiki diri mereka dengan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti daripada simulasi temuduga yang dijalankan.

Contoh sesi simulasi temuduga


Panggilan atau emel daripada anda amat-amatlah dialu-alukan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Program DRESS sama ada sebagai peserta atau untuk menganjurkannya untuk para pelajar atau bagi pihak organisasi anda.

Emel : zainiabdulwahab@yahoo.com
HP : 019  2152700

Wednesday, 17 July 2013

Soalan-soalan Temuduga untuk ke universiti atau pra-universiti

Untuk membantu anda membuat persediaan untuk temuduga universiti, saya telah sedikit membuat kajian di internet dan  menyusun senarai soalan-soalan temuduga universiti biasa yang boleh ditanya oleh penemuduga di mana-mana temuduga  anda mungkin hadiri.




Soalan-soalan yang  berkenaan meliputi pelbagai bidang  dan keadaan, jadi tidak semua daripada mereka akan menjadi relevan kepada anda.

Anda perlu pastikan anda menyemak kenyataan peribadi anda dan maklumat mengenai kursus-kursus dan universiti anda pohon kerana banyak  soalan akan khusus kepada  perkara ini.

Juga jangan lupa  untuk menyemak tip-tip dan soalan-soalan yang disediakan untuk persediaan  untuk memastikan anda bersedia untuk temuduga anda.



Saya berharap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada adik-adik yang bakal melangkah ke menara gading.







Contoh soalan-soalan  temuduga universiti atau pra-universiti

YANG PALING POPULAR

  1. Mengapa anda memilih program pra-universiti /ijazah  yang anda pohon dan apa yang anda  seronok mengenainya?
  2. Kenapa anda mahu mengambil kursus  ini di universiti?
  3. Mengapa anda memohon ke universiti ini?
  4. Apa yang boleh membawa ke universiti ini?
  5. Apa kemahiran yang telah anda diperolehi daripada kerja sambilan anda jika ada?
  6. Jika kami bertanya kepada rakan-rakan atau rakan-rakan anda apakah perkara yang baik dan buruk anda, apa yang anda fikir mereka akan katakan?


Lain-lain soalan

  • Ceritakan mengenai diri anda / Bagaimana anda menggambarkan diri anda?
  • Apa yang terbaik tentang anda?
  • Apakah kepentingan utama anda?
  • Apa yang anda fikir universiti boleh tawarkan anda?
  • Apakah kursus-kursus yang anda telah hadiri  sama ada di sekolah atau di luar, dan apa yang anda dapat daripadanya?
  • Mengapa kita perlu menawarkan anda tempat  untuk anda?
  • Bagaimana anda akan menentukan bidang  yang  anda pilih?
  • Mengapa bidang anda penting?
  • Apakah perkembangan semasa yang paling penting dalam  bidang  anda?
  • Apa pengalaman kerja yang telah anda lakukan dan apa yang anda belajar daripada pengalaman itu?


  • Apakah rancangan kerjaya anda, jika ada?
  • Apa ciri-ciri yang anda punyai untuk mengikuti kerjaya pilihan anda?
  • Apa yang anda minat membaca?
  • Apakah buku terakhir anda membaca dan bagaimana anda memilihnya?
  • Apakah akhbar kegemaran anda atau berkala?
  • Adakah anda mengikuti kolumnis tertentu dalam akhbar atau majalah berkala?
  • Pernahkah anda berada di luar negara?
  • Sila gambarkan pengalaman yang paling menarik di luar negara.
  • Apakah pandangan anda tentang pembiayaan universiti?
  • Bagaimana anda berfikir universiti perlu mencapai campuran sosial yang baik dalam pengambilan mereka?
  • Apa kedudukan tanggungjawab anda telah diadakan dan apa yang anda belajar dari mereka?
  • Apakah yang telah anda paling dinikmati di sekolah?
  • Apa yang anda tidak suka mengenai sekolah?
  • Adakah anda pandai bekerja pada anda sendiri?
  • Apakah peluang yang anda ada untuk menjalankan tugas-tugas kepimpinan?
  • Sila gambarkan situasi di mana anda telah diletakkan di bawah tekanan?
  • Apakah kekuatan anda?
  • Apakah kelemahan anda?
  • Beritahu saya satu pencapaian yang anda banggakan.






SELAMAT BERSEDIA DAN BERJAYA DALAM TEMUDUGA ANDA!

Sunday, 14 July 2013

How I started & My presentation IDOLS


I was not naturally born to be good in public speaking. There was one moment in my life when I was in a pre-U program that I discovered my interest in it with my nature as someone who love sharing knowledge and experiences that I gained with others.


Today, when I look back, I noticed that I love seeing people on TV and talking on live shows and different people getting the crowd listening to them since I was a small kid. Other than that I also watched some English series on TV such as Sesame Street, Dallas, Chips and etc which did create some interest in me about conversation with people especially English.

Then when TV3 came into the picture, I admired some of Malaysian news presenters on TV who speak very fluent English with the unique Malaysian accent despite English is not their mother tough language. The name like Wan Zaleha Radzi and Raymond Goh were the people that I could not wait to hear on TV especially when they were on the news program. Prior to that the name like Harjit Singh  on RTM news  program was also captured my attention. 

Speaking and presenting like fluently like them then  became my dream that  always wanted to be  and the key barriers for me was, I grew up in a small village where English is zero at home where the only place and  time to learn and speak was few hours or English subject in the English at school. My day to day communication at school and at home was 100% in Malay or in Negeri Sembilan dialect.

At some point, I wanted to become a teacher since their job really make them talking to others almost all the time.

As I grew up in my student's days and in my career, there have been few more people that I love seeing them presenting and how they speak to their audiences. 

My first encounter with  someone who captured my attention towards public speaking was when I listened to the speech from one of the former woman ministers at one event in my school 1990. I was in form 4 and her name is Dato' Napsiah Omar and I listened to her speech as a guest of honour for the opening ceremony of an event for secondary school students. Her initial speech was in Malay but changed slowly mixed with more English towards the end. What really captured my mind was, her speech was full of  spirit and passion to lift our motivation as students who must excel in our exam for the sake of our future. On top of that, I love her Malay accent when she spoke in English very fluently.

The next significant one  was when I was a participant of a motivational program organized by Seremban Mara College for first year matriculation students in 1992. The key presenter was Mr. Lawrence Walter Ng from the Art of Learning. What really amazed me was, he interacted with us in a big hall while giving his speech to introduce the program. 

With my early character which is quiet and shy, it took me years to develop the skills step by step in facing the audience through a public speaking until today.

My first breakthrough in public speaking for  me was I was forced to give a speech at a weekly assembly when I was in a second year of matriculation course. I was the class monitor and no one was willing to volunteer to represent the class for the mandatory slot for each class on weekly basis. It took just few days to prepare to select the topic and then speak about it in front of lecturers and few hundreds of students from the same batch.

It was a little surprise as well when one of my lecturers told after that, my topic was interesting and  I presented it well in that few minutes slot.

Then, I entered the campus where I had the opportunity when I joined a student association where I started to have more exposure in public speaking.

I attended a few basic programs on public speaking and other communication skills outside my lecture hours which were organized by the association as well.
On top of that, I was able to practise what I learned to in events and program organized  as the emcee , project director and later the chairman where I had to give briefings and speeches.


My truly first big breakthrough  in  a formal speech or talk in a public was when I was selected as the emcee of the UKM's Career Day in 1995. The event was officiated by a minister and all almost all key VVIPs of the university were there too.  The Guest of Honour on the main stage was Dato' Dr. Mohammad Yusof Noor, the minister, Puan (Now Dato') Rafiah Salim from Maybank and the Vice Chancellor of UKM. It took me few months to prepare and practise but luckily, I had few experienced seniors as my mentors along the way from the same association.

My first  "big" Emcee task in  1995, UKM
I was so worry and nervous but finally with all the preparation and guidance, I pulled it through with a huge congratulation from the adviser of  our association and all members after that.

That really motivated me and has installed a strong believe in me that I was on the way to reach one of my childhood dreams. Although at time, it may seem too much to ask but quietly, I started to have the  dream to be on TV too.


In the following years, I started to become more comfortable to speak in public to different types of audience. I delivered more talks and speeches after that especially I move my  rank in the association. I gave a speech at the opening ceremony as the project director in at another UKM's career day in the following year. A year after that I gave speeches as the chairman at the Career Day and the National Workshop on Education and Career Planning for Secondary Schools in the opening and closing ceremonies.

Giving a  welcoming speech at the opening ceremony as a project director in 1996

I will write in a different entry on my journey in public speaking in my career. It was another challenging, colourful and meaningful journey to me too where I discovered more about how far I want to go into this area. 



I will write in a different entry on my journey in public speaking in my career. It was another challenging, colourful and meaningful journey to me too where I discovered more about how far I want to go into this area. 


WHO ARE MY IDOLS?

I did have any one particular role model when I was developing my presentation skills until I reached a level where I started to ask a question to myself.

" What type of presenter or speaker  that I  exactly wanted to be?"

Such questions only keep popping up in my mind since 6-7 years ago since I have started to feel more comfortable with my skills, strengths and overall abilities in giving talks.




My progress by the year of 2011

After spending sometime searching, I finally concluded there are two persons who I really keen to emulate and to become my key reference in presentation.

They are....and you can enjoy on how the "entertain" their audience in the selected videos here too.

1. The late Steve Jobs  - Apple



  • Commencement Speech at Standford University in 2005 

http://www.youtube.com/watch?v=UF8uR6Z6KLc

  • Introducing  iPhone in 2007

 http://www.youtube.com/watch?v=t2MOwQ089eQ

  • Introducing iPad in 2010

http://www.youtube.com/watch?v=0KATFgBlSJ8


2. Dato' Seri Idris Jala - Perfomance Management Delivery  Unit(PEMANDU)


 
  • Introduction to Economic Transformation Program (ETP)
 http://www.youtube.com/watch?v=DQu6G0HXLdU

  • GES 2011- Ministerial Special Address

   http://www.youtube.com/watch?v=YpDfvajIdK8



Why I adore their ways?

1. To me both of them are not just presenters. They are more like entertainers to me.When  they deliver their talks on stage or in  any type of  conversation to public  for big or small audience.

2. When they are on the stage, people will look and focus  to them instead of all aids that they prepared in background slides or videos.

3. The way they speak sound like words that coming out from their heart, processed by their brain quickly and delivered nicely by their mouth to touch the mind and eyes of their audience.

4. They move around like "playing" on the stage and enjoy each second of their time with the audience

5. They use simple words, sharp and touching.

6. Smooth and in logical sequence that play with wave of emotion of the audience where you will clap your hands or cheer naturally.

7. They are not presenting  but telling stories.

8. They speak with the audience and not to the audience.

9. They let the audience "follow" their flow and movements on the stage.

10. People keen to see them presenting as much as how  people keen and excited to hear what they will present.

11. They inspire!

I believe my ability in presenting or speaking in public confidently  has helped more than my qualification as an engineering degree holders. It has brought me across many sectors and many high level people at local an international stages in my field of career.
I am very grateful to Allah who gives me strengths to make the first big step to go out from my inferiority complex to speak up to the public at a quite early stage of my before I jumped into career world.

It was tough to learn and to overcome  barriers from within my mind and within my social circle in campus because generally, engineering students are not known or expected to the type I was. Now I feel everything is worth it and now I am able to share some experiences to my kids and whoever reading this too.

I also believe you can do it too but you must take the first step. In the real world out here, to go to the top, in many organizations, your ability to convince them that you better is by showing it to them in you communication.
You will have to present your works, you solutions, progress of your department and etc.  and all that are all about presenting to others either to your subordinates and your colleagues  or your top management.

That would be the time you be observed and assessed on your capability and credentials because to be good leaders, excellent in communication especially  in delivering your messages across is one of the key success factors.

Now is the time for you to start if you haven't and to keep improving if you already have the skills. I am doing the same too because things can change over time and you always need to embrace current changes and style to remain on top of your game.

All the best to you!