Monday, 22 July 2013

MENYEDIAKAN PELAN KERJAYA ANDA


Pelan kerjaya akan membantu anda menentukan kemahiran dan minat, apa yang paling sesuai kerjaya bakat anda, dan apa kemahiran dan latihan yang anda perlu untuk kerjaya yang anda pilih.

Dengan membangunkan pelan kerjaya, anda boleh memberi tumpuan kepada apa yang anda mahu lakukan dan bagaimana untuk sampai ke sana.

Apabila anda sudah bersedia untuk membangunkan resume anda, anda akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang kemahiran dan pengalaman anda untuk menerokai peluang-peluang yang ada dan berkomunikasi  dengan majikan-majikan  yang berpotensi.



MULAKAN SEKARANG!

Langkah 1: 

  • Tetapkan matlamat kerjaya anda
    • Ini boleh membantu anda memberi tumpuan lebih jelas mengenai kemungkinan yang sesuai untuk anda.
    • matlamat kerjaya boleh menjadi perkara yang khusus yang anda mahu lakukan dalam kerjaya anda pada masa akan datang. Contohnya, jika anda mahu menjadi seorang jurutera atau doktor atau guru - atau menjadi bidang tertentu anda mahu bekerja dalam, seperti perubatan atau pendidikan atau kejuruteraan atau penyiaran atau kewartawanan.
    • matlamat kerjaya boleh membantu anda mencari peluang kerjaya anda tidak akan memikirkan sebaliknya. Terdapat beberapa kemungkinan kerja dengan mana-mana kerjaya yang dipilih. Sebagai contoh, jika anda memilih kerjaya kejuruteraan, anda mungkin mahu menjadi jurutera reka bentuk, perunding, pembuatan atau peralatan .
  • Matlamat kerjaya juga akan  membimbing anda ke dalam melakukan apa yang anda mahu dengan hidup anda yang anda mahu nikmati serta seronok melakukannya.



Langkah 2: 
  • Tentukan  apa yang anda perlu lakukan untuk bersedia untuk kerjaya yang anda pilih.


Langkah 3: 
  • Tentukan jenis kemahiran dan pengalaman khas yang anda perlukan untuk berjaya dalam kerjaya.


Langkah 4:
  • Pertimbangkan jenis-jenis  latihan khusus atau latihan praktikal  yang anda ingin sertai sebagai satu cara untuk mendapatkan pengalaman yang akan membantu untuk mencapai  bidang kerjaya yang anda mahukan.














Langkah 5 :

  • Tulis perancangan kerjaya anda dalam sekeping kertas dengan cara yang menarik :
    • Untuk  membuat anda bermotivasi setiap kali  melihat dan merujuk pada kertas tersebut ketika  anda sedang bergerak dan berusaha untuk mencapainta. Anda boleh tampal  kertas itu di dinding bilik anda untuk anda rujuk dan lihat kemajuan anda sepanjang masa.


                                                                                                                                
CONTOH  RINGKAS FORMAT DAN KANDUNGAN PELAN KERJAYA ASAS UNTUK SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

1. Matlamat Kerjaya



  • Untuk menjadi seorang jurutera profesional

2.Kelayakan Akademik, teknikal dan  kemahiran-kemahiran yang diperlukan.


  • Memerlukan ijazah sarjana muda.
  • Perlu mendapat keputusan yang baik  dalam subjek matematik , sains dan lukisan kejuruteraan
  • Keupayaan menganalisis dan  berfikir secara kriitika
  • Belajar strategi dan prosedur yang cepat dan tepat
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris (Penulisan dan kemahiran lisan)
  • Pengurusan masa yang baik
  • Beretika dan berintegriti tinggi


3. Kemahiran, aktiviti  dan minat semasa.


  • Seorang ahli kelab sains
  • Pernah memenangi dalam pertandingan reka bentuk teknikal peringkat negeri sejak tingkatan 3

4. Perancangan  dan tindakan awal ke arah  mencapai matlamat kerjaya.


  • Untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam SPM dengan markah yang cemerlang dalam mata pelajaran kritikal seperti Matematik Tambahan, Fizik dan lain-lain
  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan cuba untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan dan latihan mengenai perisian yang berkaitan dengan kejuruteraan
  • Membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan dengan menghadiri kursus-kursus pendek atau program penulisan teknikal dan komunikasi lisan semasa sekolah atau kajian rehat.
  • Terus aktif dalam aktiviti-aktiviti social atau persatuan untuk meningkatkan kemahiran menguruskan masa, interaksi dan komunikasi



THE KEY  FOR A SUCCESSFUL CAREER AND LIFE IS  YOU!



SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA!

Thursday, 18 July 2013

FORMAL, BERGAYA DAN MEYAKINKAN UNTUK LELAKI

Jika anda memang jarang berpakaian kemas atau berpakaian rasmi, pastinya atau mungkin  anda menghadapi perkara -perkara berikut andai kata tiba-tiba sahaja anda dikehendaki berpakaian sebegitu.

1. Rasa segan atau malu - terutamanya di kalangan kawan -kawan anda yang biasa bergaul dengan dengan pakaian-pakaian yang biasa yang tidak rasmi dan mungkin juga kurang kemas.

2. Anda akan cuba mencari jalan untuk memadankan pakaian rasmi dengan gaya anda yang sedia ada.Contohnya, jika kasut but atau kasual anda berwarna hitam, anda mungkin menganggapnya sudah memadai berbanding memakai kasut yang lebih sesuai untuk upacara/urusan rasmi. Jika anda ada tali pinggang kulit yang agak kasual, anda juga mungkin akan menggunakanya untuk temuduga anda.
Salah satu pakaian formal  ketika majlis di sekolah saya
3. Tidak tahu membuat padanan warna antara seluar, baju, tali leher dan sebagainya.Ini akan menyebabkan kadang-kadang anda nampak lucu dipandangan orang lain termasuk para penemuduga.

4. Anda akan rasa kekok dalam setiap tingkah laku anda seperti berjalan, berdiri dan duduk. Ini akan membuat anda rasa tidak selesa dan pastinya akan mengganggu tumpuan dan kelancaran anda yang bercampur baur dengan perasaan gementar ketika dalam sesi temudga.

Masalahnya, cara kita menampilkan diri kita dengan pakaian kita memang memainkan peranan yang penting dalam menentukan tanggapan orang lain terhadap kita.

Dalam kebanyakan situasi kita tidak berpeluang atau diberi peluang untuk  menjelaskan tentang kenapa kita berpakaian agak 'pelik" untuk urusan-urusan tertentu dan kita hanya akan diadili dan dinilai sepenuhnya berdasarkan apa yang kita pakai.
Pakaian kasual ketika lawatan kelab ketika saya di matrikulasi
Di sini saya cuba berkongsi sedikit panduan dan cadangan-cadangan yang saya rasakan sesuai berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya dalam erti kata berpakaian secara formal, kemas dan bergaya untuk lelaki untuk  urusan-urusan rasmi  seperti  temuduga dan majlis-majlis tertentu.

Berikut ialah tip-tip dan pesanan-pesanan penting untuk memilih pakaian yang sesuai untuk temuduga atau sebarang urusan rasmi untuk seorang lelaki.
  • Kenali dan fahami latar berlakang organisasi, bidang , skop tugas-tugas dan kakitangan tempat yang anda akan ditemuduga.
  • Tanya kepada mereka yang menghubungi anda tentang pakaian rasmi yang sesuai dengan organisasi mereka. Dalam kebanyakan situasi, mereka menjangkakan anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda pakai.
  • Ketika anda masih belajar sebagai mahasiswa, cuba pakai pakaian mengikut kod atau etika yang sepatutnya jika anda dikehendaki menghadiri majlis-majlis rasmi tertentu. Ini akan membantu anda membiasakan diri anda menjadi lebih selesa dan yakin  bila dikehendaki memakai pakaian-pakaian rasmi ketika temuduga kelak.
  • Sebagai seorang yang pernah dan biasa menemuduga pelbagai jenis calon, saya dengan mudah boleh mengenalpasti mereka yang selesa atau tidak selesa dengan pakaian yang mereka pakai ketika mereka mula masuk ke bilik temuduga dan ketika ditemuduga.Ini akan ditunjukkan dengan jelas melalui bahasa-bahasa badan mereka. Contohnya, jika seseorang tidak biasa memakai suit, dia tidak akan membuka butang depan jacket  suitnya bila duduk dan ini akan mengganggu keselesaannya ketika duduk dan menjawab soalan. Jika seorang tidak biasa memakai tali leher, mereka akan rasa gelisah dalam keadaan gementar mereka kerana talileher mereka mungkin diikat agak  ketat  di leher mereka.
  • Belajar cara ikat tali leher sendiri dan memakainya dengan betul. Ia amat penting kerana sukar diduga bila anda perlu membuka tali leher dan memakainya  semula untuk sesuatu urusan.

Pakaian rasmi Sekretariat Hari Kerjaya UKM, Urusetia Kerjaya UKM 
ketika saya menjadi pengarah Hari Kerjaya UKM ke-13, 1996
DEFINISI  DAN KOMBINASI WARNA YANG "SELAMAT" YANG SAYA CADANGKAN

Pakaian asas
1. Baju 
  •  Warna - putih, kuning telur, biru cerah ke arah putih, merah jambu ke arah putih




2. Tali leher
  • Ikat tali leher dengan betul dan kemas. 
Cara mengikat tali leher yang betul
  • Warna- ungu , merah pekat, biru dan hijau 

  • Jika anda memakai tali leher berwarna cerah, pilih warna yang akan lebih menonjolkan tali leher berbanding baju berwarna cerah anda. Contoh- warna oren, biru cerah dan hijau cerah


3. Gabungan tali leher dan baju
  • Mesti mempunyai warna yang bertentangan antara kedua-duanya.
  • Elakkan tali leher berjalur senget jika anda memakai baju yang berjalur tegak






4. Seluar 
  • Warna - hitam, biru gelap, coklat gelap

5. Gabungan seluar dan baju
  • Dicadangkan seluar sentiasa gelap dan baju sentiasa cerah. Ia mudah dipadankan dengan mana-mana warna tali leher.




6. Kasut dan setokin
  • Warna kasut - hitam atau coklat gelap


  • Warna setokin-gelap, kelabu
7. Tali pinggang
  •  Warna - hitam, coklat gelap

       
Kesimpulan : Gabungan "selamat" 

  • Di antaranya ialah
    • Warna - baju cerah, tali leher gelap(merah pekat/oren/biru/ungu/hijau), seluar gelap, tali pinggang gelap,  kasut dan setokin gelap 
    • Anda mestilah selesa bila berjalan, duduk dan berdiri


Pelengkap gaya (Accessories)

Suits
  • Warna  gelap - jacket sama warna dengan seluar.










Tie Clip
  • pakai dikedudukan yang betul


Beg dan folder dokumen
  • Warna- hitam, coklat gelap
  • Beg

Terbuka di atas untuk sedang dibuka dan keluar-masuk  dokumen ketika temuduga

Penutup lipat diatas.Sukar dibuka dan untuk keluar-masuk dokumen ketika ditemuduga- tidak digalakkan

  • Folder 

Kurang nampak formal dengan warna terlalu  cerah. Gunakan warna yang gelap seperti hitam atau kelabu/biru gelap













Cuffling

  • memerlukan baju dengan hujung tangan yang khas
  • warna perlu bertentangan dengan warna lengan baju







Perlu juga ditekankan di sini bahawa pada peringkat pelajar atau eksekutif muda, jenama atau harga bukan sesuatu yang ditekankan ketika anda perlu berpakaian rasmi untuk apa-apa juga urusan yang memerlukan anda berpakaian sedemikian. 

Saya masih teringat lagi pada zaman di kampus di mana kami terpaksa bergilir-gilir memakai baju, tali leher, beg dan suits untuk urusan-urusan rasmi seperti temujanji pemasaran dan pembentangan projek kerana kami  tidak mampu membeli setiap set dalam jumlah yang banyak dan berlainan.

Walau bagaimana pun, akhirnya kami menjadi biasa dan tidak kekok memakainya bila-bila masa diperlukan.

Ada ketika ahli-ahli persatuan kami dijemput untuk menjadi pembantu atau pengiring para VVIP dalam majlis-majlis rasmi universiti  dengan imej dan reputasi yang telah kami ada dalam berpakaian dan menguruskan acara-acara rasmi yang lain.

Sehingga sekarang pun, saya masih tidak mengutamakan jenama dan harga tetapi lebih kepada kepada kesesuaian, keselesaan and padanan warna dengan setiap pakaian dan accessories yang saya ada untuk setiap urusan yang berbeza.

SELAMAT MENCUBA DAN BIASAKAN DIRI ANDA SEHINGGA ANDA RASA SELESA.

RASA  SELESA ITULAH  YANG AKAN MEMBERIKAN ANDA KEYAKINAN  dan menyerlahkan KARISMA anda dalam setiap pakaian yang anda pakai di dalam penampilan anda.

InsyaAllah, sekiranya anda jujur dan yakin dengan penampilan anda, ia juga akan memberikan keyakinan dan tanggapan positif orang lain terhadap anda dengan personaliti anda yang sedia ada.

SELAMAT BERJAYA!